Alhamdulillah, Tafsir Al-Tibyan Kini Menjadi Realiti
Kini tiba masanya untuk kita pastikan khazanah ilmu ini sampai kepada umat.
Selama puluhan tahun, kuliah tafsir Tuan Guru Haji Hadi menjadi rujukan dan manfaat kepada masyarakat. Daripada kuliah-kuliah inilah lahir usaha besar untuk menghimpunkan, menyusun dan menerbitkan sebuah karya tafsir yang boleh terus dirujuk oleh generasi hari ini dan akan datang.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta sokongan para penyumbang, usaha tersebut kini telah sampai ke fasa percetakan dan pengedaran.
Namun perjalanan ini belum selesai. Sebuah kitab hanya benar-benar memberi manfaat apabila ia dibaca, dipelajari dan berada di tangan mereka yang memerlukannya.
Kepercayaan Anda, Kami Tepati Janji
Ramai yang telah bersama-sama membantu sejak projek ini bermula. Dan Alhamdulillah, amanah itu telah diterjemahkan menjadi sebuah karya sebenar.
Berjaya dikumpulkan pada fasa terdahulu.
Lebih RM600,000 telah berjaya dikumpulkan dalam fasa terdahulu bagi membantu merealisasikan projek ini.
Hari ini, hasil daripada sokongan tersebut bukan lagi sekadar sebuah perancangan. Ia sudah menjadi sebuah karya yang bakal berada di tangan umat.
Garis Masa Tafsir Al-Tibyan
Daripada pengumpulan bahan asal sehingga ke fasa percetakan dan edaran, setiap peringkat dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan karya ini disiapkan dengan teliti.
Fasa 1: Penyelidikan & Transkripsi
Pengumpulan manuskrip asal dan transkripsi syarahan Tok Guru ke bentuk digital.
TELAH SELESAI
Fasa 2: Penyuntingan & Tashih
Semakan pakar tafsir dan pembetulan teks untuk memastikan ketepatan ilmu.
TELAH SELESAI
Fasa 3: Reka Bentuk Buku
Penyusunan reka letak yang ergonomik dan reka bentuk kulit yang eksklusif.
TELAH SELESAI
Fasa 4: Semakan Berwajib
Penulis, JAKIM dan KDN.
TELAH SELESAI
Fasa 5: Percetakan dan Edaran
Proses percetakan dan pengedaran Tafsir Al-Tibyan kini sedang dilaksanakan.
Sedang berlangsung
Mengapa Tafsir Al-Tibyan Istimewa?
Tafsir Al-Tibyan merupakan usaha menghimpunkan khazanah kuliah tafsir Tuan Guru Haji Hadi supaya dapat dibaca, dirujuk dan diwariskan kepada generasi seterusnya.
Dari Sudut Kandungan
- ✔ Disusun daripada khazanah kuliah tafsir Tuan Guru Haji Hadi.
- ✔ Disemak dan disunting secara sistematik.
- ✔ Disusun agar lebih mudah dibaca dan dirujuk.
- ✔ Bahasa lebih mudah difahami tanpa menghilangkan nilai ilmiahnya.
Dari Sudut Fizikal
- ✔ 15 jilid lengkap.
- ✔ Hard cover premium.
- ✔ Kertas berkualiti tinggi.
- ✔ Ringan dan mudah dibawa.
- ✔ Perlindungan daripada percikan air.
- ✔ Kemasan eksklusif untuk dimiliki, dihadiahkan atau diinfaqkan.
Miliki Untuk Diri & Keluarga
Ada buku yang kita baca sekali. Ada buku yang kita simpan untuk dirujuk berkali-kali. Dan ada buku yang kita harapkan suatu hari nanti akan dibuka pula oleh anak dan cucu kita.
Tafsir Al-Tibyan boleh menjadi salah satu daripadanya.
Sesuai dijadikan rujukan untuk diri, pasangan, anak-anak, keluarga, guru, pendidik atau sebagai hadiah kepada insan tersayang.
SAYA NAK MILIKI TAFSIR AL-TIBYANPercetakan Bukan Penghujung Perjalanan
Sebuah tafsir boleh siap dicetak. Namun jika hanya tersimpan di dalam kotak dan gudang, manfaatnya belum sampai kepada umat.
Sebab itulah fasa seterusnya adalah sangat penting: memastikan Tafsir Al-Tibyan sampai kepada tempat yang memerlukannya.
Masjid & Surau
Menjadi bahan rujukan buat imam, guru agama, ahli kuliah dan para jemaah.
Institusi Pendidikan
Untuk universiti, sekolah, pusat tahfiz serta institusi pendidikan terpilih.
Perpustakaan
Supaya kitab ini boleh dibaca dan dirujuk oleh masyarakat dalam tempoh yang panjang.
Dana ini akan digunakan bagi menyediakan, membungkus dan mengagihkan 100 set lengkap Tafsir Al-Tibyan kepada organisasi yang telah dikenal pasti.
SAYA NAK BERINFAQ SEKARANG
Satu Set Boleh Memberi Manfaat Kepada Ramai Orang
Bayangkan satu set sampai ke sebuah masjid. Ia dibaca oleh imam, dirujuk oleh guru agama, digunakan dalam kuliah dan dibaca pula oleh jemaah.
Sumbangan anda membantu menjayakan fasa pengedaran.
Set Tafsir Al-Tibyan disediakan untuk organisasi penerima.
Kitab dihantar kepada institusi dan organisasi terpilih.
Dibaca, dipelajari dan dirujuk oleh masyarakat.
Jika Dahulu Anda Membantu Merealisasikan Projek Ini…
Hari ini, bantulah kami memastikan ia sampai kepada umat.
Kita tidak semestinya mampu mengajar ribuan manusia.
Kita juga mungkin tidak mampu menulis sebuah kitab.
Tetapi kita masih boleh mengambil bahagian dalam usaha menyampaikan ilmu kepada mereka yang akan membaca dan mempelajarinya.
Semoga setiap ringgit yang diberikan menjadi sebab sebuah kitab sampai ke tempat yang memerlukannya.
Semoga daripada kitab itu lahir pembacaan. Daripada pembacaan lahir kefahaman. Dan daripada kefahaman lahir amal yang membawa manusia semakin dekat kepada Allah SWT.
Jom Bantu Pastikan Tafsir Ini Sampai Kepada Umat
Kita mungkin tidak tahu siapa yang akan membuka kitab yang kita bantu sampaikan. Mungkin seorang imam, seorang guru, seorang mahasiswa, seorang ayah atau seorang anak muda yang sedang mencari kefahaman tentang al-Quran.
Ilmu yang sampai kepada manusia boleh terus memberi manfaat jauh lebih lama daripada usia kita sendiri.
FAQ
Apakah Projek Infaq Tafsir Al-Tibyan?
Projek ini bertujuan membantu mengagihkan 100 set Tafsir Al-Tibyan kepada masjid, universiti, sekolah, perpustakaan serta organisasi terpilih.
Berapa jumlah dana yang diperlukan?
Sasaran semasa ialah RM250,000 bagi menyediakan dan mengagihkan 100 set Tafsir Al-Tibyan, berdasarkan nilai RM2,500 bagi setiap set.
Siapakah penerima infaq?
Penerima terdiri daripada organisasi dan institusi terpilih. Senarai penerima boleh dikemas kini dari semasa ke semasa.
Bolehkah saya membeli untuk kegunaan sendiri?
Ya. Anda boleh mendapatkan set lengkap 15 jilid Tafsir Al-Tibyan melalui ruangan pembelian.
Bagaimana cara untuk saya menyumbang?
Sumbangan boleh dibuat terus melalui laman ini dengan memilih jumlah sumbangan sama ada INFAQ 1 UNIT (RM2,500), INFAQ 1 JUZ (RM90) atau SUMBANGAN SEIKHLAS HATI (minimum RM20).
Kaedah pembayaran perlu dibuat melalui FPX (direct transfer melalui online banking anda) bagi memudahkan tracking.